5 Garis Panduan Dalam Menggunakan Hak Kebebasan Bersuara
14 September 2021 | Aktiviti TerkiniAkhir-akhir ini terdapat segelintir pengguna menjadikan media sosial sebagai medium untuk menyebarkan berita palsu dan telah menyebabkan masyarakat keliru sehingga terpengaruh dengan mesej yang disampaikan. Sehubungan dengan itu, Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kini giat menjalankan kempen ‘Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong’. Objektif kempen ini adalah untuk mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet serta memberi fokus kepada impak berita palsu kepada masyarakat. Terdapat lima garis panduan dalam menggunakan hak kebebasan bersuara iaitu beringat bila bercakap, bijak menilai, bercakap benar, luahkan pendapat berdasarkan fakta dan beri pandangan tanpa menyebarkan kebencian. Diharap lima garis panduan ini menjadi ikutan para pengguna internet dalam menggunakan hak kebebasan bersuara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: