Kelas Asas Multimedia (Canva)

17 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 April 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) (PIK) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Multimedia (Canva) yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah. Antara pengisian kelas adalah memperkenalkan para pelajar dengan penggunaan ilustrasi dalam aplikasi Canva. Peserta juga diberikan latihan membuat poster Covid-19 menggunakan Canva. Diharap dengan adanya kelas seperti ini dapat memupuk kesedaran pentingnya menjaga kebersihan dan kesihatan diri dalam kalangan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali