Program MIVO: Sukarelawan Untuk Semua 2021
13 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniSukacita dimaklumkan bahawa pada 12 Jun 2021, Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengadakan Bengkel Malaysia ICT Volunteer Online (MIVO) secara atas talian yang disertai oleh sukarelawan dari seluruh negara melalui aplikasi ZOOM bagi menyampaikan atau meningkatkan pengetahuan digital dalam kalangan masyarakat.
Objektif bengkel adalah untuk menyampaikan program yang diadakan oleh MCMC dalam mewujudkan penggunaan digital secara positif dikalangan masyarakat yang tidak mengira kaum, status, umur dan jantina. MCMC menekankan masyarakat untuk bijak menggunakan internet seharian. MIV semestinya boleh menyebarkan dan menyampaikan penggunaan internet atau digital dengan betul kepada masyarakat. Semoga program ini memberi manfaat kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: