Kelas Asas Microsoft Power Point dan Advokasi Penipuan Kewangan atas talian

12 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Dis 2021, , Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Advokasi Penipuan Kewangan atas talian yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 pelajar sekolah rendah. Dalam kelas ini, peserta didedahkan dengan peranan dan fungsi Microsoft Power Point Seterusnya, peserta dibimbing cara membuat slaid menggunakan Microsoft PowerPoint dengan arahan yang telah diberi. Peserta juga diberikan taklimat tentang kesedaran menggunakan internet supaya tidak mudah tertipu dengan Scam dan Pishing. Kelas diadakan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya membantu mereka dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali