Quizziz 1.0

16 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Februari 2021, Isnin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) (PIK) Rantau Panjang telah menganjurkan Quizziz 1.0 bermula dari pukul 11:00 pagi sehingga 2:00 petang secara atas talian melalui laman web Quizziz. Kuiz tersebut telah mendapat penyertaan daripada 19 orang peserta. Objektif pelaksanaan kuiz adalah untuk menguji sejauh mana kesedaran peserta dalam menggunakan internet secara berhemah. Pelaksanaan kuiz secara atas talian ini juga merupakan salah satu aktiviti norma baharu. Diharap aktiviti seperti ini terus mendapat sambutan yang baik daripada komuniti dan seterusnya memberi manfaat kepada peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali