Program MIVO 2021: Sembang Santai Sesi 12

23 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Julai 2021, Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengadakan Sesi Sembang Santai Sesi 12 bersama sukarelawan Malaysia ICT Volunteer (MIV) 2021 secara atas talian melalui aplikasi ZOOM. Sembang santai bermula pada pukul 4.00 petang sehingga pukul 5.00 petang. Sesi ini memberi peluang kepada sukarelawan berkongsi pendapat dan cadangan bagi menambah baik pelaksanaan program. Sesi sembang santai ini secara langsung dapat membantu sukarelawan memahami tanggungjawap, tugas dan apa yang perlu dilakukan sebagai sukarelawan MIV. Pelbagai aktiviti dan pengalaman menarik dikongsikan oleh sukarelawan-sukarelawan terlibat. Program seperti ini memberi peluang kepada sukarelawan mengenali sukarelawan yang lain seterusnya bekerjasama dalam pelaksanaan program dan dapat memberi lebih banyak impak positif dalam kalangan masyarakat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali