Kelas Asas Microsoft Word

18 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 17 April 2021, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) (PIK) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 11:00 pagi bertempat di bilik latihan PIK Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang dewasa. Dalam kelas ini, peserta didedahkan dengan penggunaan ilustrasi dalam Microsoft Office. Peserta didedahkan dengan penggunaan dan pengeditan gambar, bentuk dan Word Art. Kelas diadakan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya membantu mereka dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali