Kelas Asas Microsoft Office

4 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Januari 2021, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) (PIK) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah rendah. Antara pengisian kelas adalah memperkenalkan para pelajar dengan penggunaan Microsoft Word. Peserta juga diberikan latihan untuk meningkatkan lagi tahap pemahaman mereka. Diharap apa yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam kehidupan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali