Sembang Santai Sesi 3 bagi Program MIVO 2: Sukarelawan untuk Semua 2022
11 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 10 Januari 2022, Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengadakan Sesi Sembang Santai Sesi 3 bersama sukarelawan Malaysia ICT Volunteer (MIV) 2 bagi sesi 2021 secara atas talian melalui aplikasi Zoom.
Sembang santai bermula pada pukul 2:00 petang sehingga pukul 2:30 petang. Sesi ini memberi peluang kepada sukarelawan berkongsi pendapat dan cadangan bagi menambah baik pelaksanaan program.
Setelah itu, perkongsian mengenai pelaksanaan program dan penyediaan laporan selepas program juga dibincangkan. Sesi sembang santai ini secara langsung dapat membantu sukarelawan memahami tanggungjawap, tugas dan apa yang perlu dilakukan sebagai sukarelawan MIV.
Diharap program sebegini akan terus dikekalkan seterusnya dapat membantu komuniti terutamanya dalam menjalankan aktiviti-aktiviti harian mengikut norma baharu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: