Kelas Keusahawanan (Kelas Kraftangan Anting Mini Tango)

5 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 4 September 2022, Ahad, Pusat Ekonomi Digital Malaysia (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Keusahawanan iaitu Kelas Kraftangan Anting Mini Tango anjuran bersama Usahawan Daisy Jupa bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga 2:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Seramai 4 orang komuniti setempat telah menghadiri kelas yang dianjurkan tersebut.

Antara pengisian kelas tersebut adalah mempelajari teknik yang betul untuk membuat anting mini tango. Cik Daisy telah membuat demonstrasi langsung cara membuat anting tersebut pada permulaan kelas kepada para peserta supaya mereka lebih memahami. Pada akhir kelas, para peserta berjaya menghasilkan anting mini tango hasil titik peluh mereka sendiri dengan bimbingan daripada Cik Daisy.

Diharapkan dengan ilmu yang telah diajar ini dapat memberi manfaat kepada para peserta untuk menceburi bidang baru dan secara langsung dapat membantu mereka untuk menjana pendapatan. Selamat maju jaya dan tahniah kepada para peserta

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali