Aktiviti Kemasyarakatan - Program Gotong-Royong Bersama Penduduk Rumah Franky, Rantau Panjang

12 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 11 September 2022, Ahad, Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menyertai aktiviti kemasyarakatan gotong-royong bersama penduduk di Rumah Franky, Rantau Panjang bermula dari pukul 7:30 pagi sehingga pukul 12:00 petang bertempat di Dewan JKKK Rumah Franky, Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah dihadiri oleh penduduk Rumah Franky, Rantau Panjang.

Sebelum bermulanya aktiviti ini, penduduk Rh Franky yang terlibat telah diberi taklimat dengan membahagikan setiap tugasan. Penduduk Rantau Panjang telah diberikan alat-alat untuk melakukan tugas pembersihan mereka sama ada di dalam atau diluar dewan. Antara tugasan pembersihan nya ialah mengelap cermin, menyapu, mengutip sampah di sekitar kawasan dewan dan mencuci kerusi.

Diharapkan aktiviti seperti ini akan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya dapat memberi mereka keselesaan dalam menggunakan PEDi

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali