Kelas Keselamatan Digital Advokasi

13 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 12 November 2022, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital Malaysia (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Keselamatan Digital Advokasi. Kelas bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang. Kelas ini diadakan di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Seramai 10 orang komuniti setempat telah menghadiri kelas yang dianjurkan tersebut.

Antara pengisian kelas tersebut adalah memberi pendedahan terhadap keselamatan menggunakan internet bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan di alam siber. Selain itu, para komuniti diterangkan mengenai cara untuk menyemak maklumat yang dikongsi di internet sahih atau tidak bagi menghindar daripada menyebarkan maklumat palsu kepada orang sekeliling.

Pendek kata, tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi gambaran kepada para komuniti tentang bahaya yang terdapat di dunia siber dan risiko jika tidak menggunakan internet dengan betul dan tepat.

Diharapkan dengan ilmu yang telah diajar ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan ilmu pengetahuan para komuniti untuk kehidupan seharian mereka

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali