Kelas Keusahawanan (Kelas Asas Deko Kek Bajet)

12 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Disember 2022, Ahad, Pusat Ekonomi Digital Malaysia (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Keusahawanan (Kelas Asas Deko Kek Bajet) anjuran bersama Usahawan Cemela bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 5:.00 petang bertempat di PEDi Rantau Panjang. Seramai 7 orang komuniti setempat telah menghadiri kelas tersebut.

Antara pengisian kelas tersebut adalah mendeko 1 biji kek span menggunakan fresh cream yang bertemakan Hari Krismas. Para peserta telah membawa hasil kek yang telah mereka hias dan sijil penyertaan juga telah diberikan kepada para peserta sebagai tanda telah menghadiri kelas yang dianjurkan oleh PEDi Rantau Panjang.

Diharapkan dengan ilmu yang telah diajar ini dapat memberi manfaat kepada para peserta untuk menceburi bidang baru dan membantu mereka untuk menjana pendapatan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali