Kelas Asas Komputer (Menaip) dan Microsoft Word & PowerPoint
13 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 12 Disember 2022, Isnin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Komputer dan Microsoft Word & PowerPoint yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 10 orang komuniti setempat.
Antara pengisian kelas tersebut adalah memperkenalkan kepada para peserta berkaitan dengan PEDi, komputer dan juga pengenalan kepada asas Microsoft Office iaitu Microsoft Word. Peserta juga telah diberikan latihan menaip di dalam Microsoft Word bagi mengasas kemahiran penggunaan komputer mereka. Peserta juga diteruskan dengan pengenalan kepada Microsoft PowerPoint dan diberi Latihan membuat slaid pembentangan.
Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: