Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Excel

14 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Disember 2022, Selasa, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Komputer dan Microsoft Word & PowerPoint yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 1:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 10 orang komuniti setempat.

Antara pengisian kelas tersebut adalah sambungan dari kelas yang sebelum nya iaitu pada 12.12.2022 (Isnin), peserta membuat sambungan Latihan Microsoft PowerPoint membuat slaid pembentangan dibimbing oleh staff PEDi. Peserta juga telah diberikan pengenalan kepada Microsoft Excel dan terus membuat Latihan Asas Formula dan Matematik menggunakan Excel dibimbing sendiri oleh Staf PEDi. Kelas ini diakhiri dengan menyampaikan sijil tamat kursus computer.

Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat. Tahniah kepada semua peserta dan selamat maju jaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali