Kelas Keusahawanan Digital dan Advokasi

14 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 13 November 2022, Ahad, Pusat Ekonomi Digital Malaysia (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Keusahawanan Digital dan Advokasi. Kelas bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga 2:00 petang. Kelas ini diadakan di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Seramai 5 orang komuniti setempat telah menghadiri kelas yang dianjurkan tersebut.

Antara pengisian kelas tersebut adalah memberi pendedahan terhadap aplikasi Facebook Business, Whatsapp Business dan Canva kepada para usahawan bagi memudahkan mereka untuk membuat pemasaran perniagaan yang sedang mereka usahakan dengan cara yang betul.

Diharapkan dengan ilmu yang telah diajar ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan ilmu pengetahuan para usahawan untuk menguruskan perniagaan mereka sendiri. Selamat maju jaya kepada para peserta

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali