Kelas Microsoft Excel dan Advokasi Sesi 3 (Kumpulan 2)

18 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Julai 2022, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Komputer bagi Kumpulan 2 Sesi 3 yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 1:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang komuniti

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada Microsoft Excel dan sekaligus membentangkan slot advokasi tentang penipuan kewangan atas talian. Peserta dibimbing oleh staff PEDi dalam membuat latihan Microsoft Excel. Maka, berakhirlah kursus ICT untuk kumpulan 1 yang disertai oleh adik Suriana dan adik Anieza. Selamat maju jaya untuk peserta.

Diharapkan pembelajaran ini dapat memberi lebih banyak lagi manfaat kepada komuniti. PEDi Rantau Panjang sangat bebesar hati dengan penyertaan kursus ICT mendapat sambutan dari komuniti setempat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali