Kelas Asas Solekan Bersama Puan Carolyn Joseph

18 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Disember 2022, Ahad, Pusat Ekonomi Digital Malaysia (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Solekan anjuran bersama Puan Carolyn Joseph (Mary Kay Beauty Consultant) yang bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di PEDi Rantau Panjang. Seramai 9 orang komuniti setempat telah menghadiri kelas tersebut.

Antara pengisian kelas tersebut adalah mempelajari teknik asas yang betul dalam solekan serta para peserta juga diberi peluang untuk mengaplikasikan teknik yang telah dipelajari menggunakan alat solek yang telah disediakan oleh Puan Carolyn sendiri. Puan Carolyn juga telah mengajar cara untuk membina keyakinan diri melalui bersolek.

Diharapkan dengan ilmu yang telah diajar daripada Puan Carolyn ini dapat memberi manfaat kepada para peserta untuk menceburi bidang baru dan membantu mereka untuk membina keyakinan diri mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali