Kelas Microsoft Word dan PowerPoint Sesi 2

20 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Julai 2022, Selasa, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Komputer Sesi 2 yang bermula dari pukul 09:00 pagi sehingga 12:00 tengahari bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang komuniti.

Antara pengisian kelas tersebut adalah sambungan daripada sesi 1 iaitu latihan Microsoft Word dengan bimbingan staff PEDi Rantau Panjang. Sejurus itu, peserta diberi penerangan tentang Microsoft PowerPoint dalam membuat slaid pembentangan. Peserta juga telah diberikan latihan membuat slaid pembentangan menggunakan Ms. PowerPoint.

Diharapkan dengan adanya pembelajaran ini dapat memberi manfaat kepada peserta dan PEDi Rantau Panjang berharap lebih banyak lagi komuniti menyertai kursus ICT ini

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali