Kelas Asas Komputer dan Microsoft Office
22 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 21 Mei 2022, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Microsoft Office yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 1:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang belia. Dalam kelas ini, peserta didedahkan dengan peranan dan fungsi Microsoft Power Point. Seterusnya, peserta dibimbing cara membuat slaid menggunakan Microsoft PowerPoint dengan arahan yang telah diberi. Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya membantu mereka dalam kehidupan seharian
Dalam sesi ini juga, peserta juga diberi taklimat tentang PEDi dan faedah PEDi kepada masyarakat setempat. PEDi Rantau Panjang berharap lebih banyak lagi komuniti manfaatkan perkhidmatan PEDi
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: