Hari Bersama Usahawan dan Penduduk Rantau Panjang Kolaborasi Bersama PERKESO Sibu
22 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 21 Julai 2022, Khamis, satu program bersama usahawan dan penduduk Rantau Panjang kolaborasi bersama PERKESO Sibu telah dianjurkan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 3:00 petang.
Antara pengisian program tersebut adalah pengenalan kepada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) oleh Pegawai Perantis SPS iaitu Cik Jessieca Juana. Tujuan skim ini adalah untuk membantu orang yang bekerja sendiri membuat caruman di PERKESO bagi mendapatkan perlindungan daripada bencana semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.
Selain itu, satu kaunter pendaftaran telah dibuka bagi memberi ruang kepada usahawan untuk membuat permohonan mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat membantu lebih ramai orang yang bekerja sendiri untuk menikmati manfaat daripada PERKESO dan agensi-agensi lain
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: