Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Advokasi

22 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Ogos 2022, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Advokasi yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 9 orang komuniti.v

Antara pengisian kelas tersebut adalah penerangan pengenalan kepada Microsoft Powerpoint kepada peserta. Sejurus itu, peserta telah diberikan latihan membuat slaid pembentangan menggunakan Ms. PowerPoint. Diakhir sesi kelas, peserta turut di dedahkan tentang advokasi keselamatan siber dalam penggunaan internet bagi mencegah kes penipuan atas talian.

Diharapkan dengan adanya pembelajaran ini dapat memberi manfaat kepada peserta dan PEDi Rantau Panjang berharap lebih banyak lagi komuniti menyertai kursus ICT ini

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali