Aktiviti Gotong Royong bersama Ahli PEDi

26 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mac 2022, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan aktiviti gotong royong bersama ahli ahli PEDi yang bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah dihadiri oleh 10 orang ahli PEDi iaitu kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Sebelum bermula nya aktiviti ini, ahli PEDi yang terlibat diberi taklimat dengan membahagikan setiap tugasan setiap seorang. Ahli PEDi juga diberikan alat alat untuk melakukan tugas pembersihan mereka sama ada di dalam atau diluar PEDi. Antara tugasan pembersihan nya ialah mengelap cermin, menyapu, mengutip sampah luar kawasan PEDi, menyusun buku di rak dan membuang sampah. Aktiviti ini diadakan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Diharap aktiviti seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya dapat memberi mereka keselesaan dalam menggunakan PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali