Majlis Perasmian PEDi Nanga Sekuau
27 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 26 Mac 2022, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang turut terlibat dalam pelaksanaan Majlis Perasmian PEDi Nanga Sekuau bermula pada jam 2:00 petang sehingga jam 4:00 petang.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Julaihi bin Hj. Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak. Turut hadir bersama ialah YB Datuk Liwan Lagang,Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi 1 dan juga YB Ir. Christopher Gira ak Sambang,ADUN N.59 Tamin.
Majlis dimulai dengan acara pemotongan reben dan acara perasmian PEDi Nanga Sekuau. Selepas itu, pihak rombongan membuat lawatan ke pameran usahawan diikuti oleh taklimat daripada pengurus PEDi Nanga Sekuau. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati dan jamuan bersama para tetamu. Majlis kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar.
Diharap majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara kakitangan PEDi dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: