Bimbingan Usahawan Shopee
5 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 4 Februari 2022, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan sesi bimbingan platform e-dagang kepada seorang usahawan.
Sesi bermula dari jam 3:00 petang sehingga 5:00 petang di kedai milik usahawan iaitu di Kedai Zara Fashion House Sibu. Sepanjang sesi ini dijalankan, usahawan diperkenalkan dengan platform e-Dagang iaitu Shopee. Usahawan juga dibimbing dengan cara membina kedai dan memuatnaik produk jualannya di Shopee.
Diharap dengan adanya bimbingan seperti ini dapat membantu usahawan tempatan dalam mengembangkan lagi perniagaan mereka terutamanya di internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: