Bimbingan Mengisi Permohonan Kemasukan ke Prasekolah Tahun 2023

28 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 27 April 2022 (Rabu), Puan Ita telah mengunjungi ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang bagi mendapatkan bimbingan bagaimana untuk membuat permohonan kemasukan anak beliau ke Prasekolah pada tahun 2023 melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sekitar jam 2:30 petang – 3:00 petang.

Kakitangan PEDi memberi tunjuk ajar dan membantu beliau untuk melengkapkan maklumat yang dikehendaki di dalam laman sesawang KPM tersebut. Bimbingan ini secara tidak langsung dapat melatih beliau dalam menggunakan komputer.

Semoga dengan bimbingan daripada pihak PEDi ini dapat membantu memudahkan urusan kemasukan anak Puan Ita ke Prasekolah pada tahun 2023.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali