Lawatan Kerja oleh Tn. Haji Bukhari Yahya, Ketua Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Komuniti, MCMC ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang
28 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 27 Julai 2022, Rabu, Yang Berbahagia Tn. Haji Bukhari Yahya, Ketua Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Komuniti, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah membuat lawatan kerja ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang Sibu, Sarawak bermula pukul 11:30 pagi sehingga 2:00 petang.
Lawatan dimulakan dengan sesi perkongsian tentang Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang oleh pengurus PEDi. Seterusnya, lawatam diteruskan dengansesi beramah mesra dengan usahawan dan pameran produk-produk keluaran usahawan PEDi seperti produk kraftangan manik, kek lapis, selendang sulam dan Monster Burger. Lawatan diakhiri dengan jamuan ringan dan sesi bergambar. Kunjungan ini amat bermakna buat komuniti Rantau Panjang khususnya buat PEDi Rantau Panjang
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: