Kelas Asas Microsoft Excel dan Advokasi Keselamatan Siber

28 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Ogos 2022, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Excel dan Advokasi Keselamatan Siber yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang komuniti.

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada Microsoft Excel dan sesi advokasi berkaitan Keselamatan Siber. Peserta dibimbing oleh staff PEDi dalam membuat latihan Microsoft Excel bagi mengasah pemahaman mereka. Dengan ini, maka berakhirlah kursus ICT yang disertai oleh Cik Veronica dan Cik Vanessa sepanjang 2 hari iaitu bermula 26 Ogos 2022 sehingga 27 Ogos 2022. Selamat maju jaya kepada para peserta.

Diharapkan pembelajaran ini dapat memberi lebih banyak lagi manfaat kepada komuniti. PEDi Rantau Panjang sangat bebesar hati dengan penyertaan kursus ICT mendapat sambutan dari komuniti setempat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali