Kelas Asas Microsoft Excel dan Advokasi Pengantunan Atas Talian

29 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Ogos 2022, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Excel dan Advokasi Pengantunan Atas Talian yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 9 orang komuniti setempat.

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada Microsoft Excel dan slot advokasi berkaitan Pengantunan Atas Talian. Peserta juga telah dibimbing oleh staff PEDi dalam membuat latihan menggunakan Microsoft Excel bagi mengasah pemahaman mereka. Dengan ini, maka berakhirlah kursus ICT yang disertai oleh 9 orang peserta. Selamat maju jaya kepada para peserta.

Diharapkan pembelajaran ini dapat memberi lebih banyak lagi manfaat kepada komuniti. PEDi Rantau Panjang sangat bebesar hati dengan penyertaan kursus ICT mendapat sambutan dari komuniti setempat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali