Kelas Asas Multimedia (Animasi) dan Kahoot Kuiz
4 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 3 Julai 2022, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Multimedia (Animasi) dan Kahoot Kuiz yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 6 orang pelajar sekolah
Antara pengisian kelas tersebut adalah memperkenalkan kepada para peserta dengan penggunaan ilustrasi dan animasi di dalam Microsoft PowerPoint. Peserta juga diberikan latihan membuat animasi bertemakan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang. Kuiz Kahoot telah diberikan untuk memahami kefahaman para peserta.
Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: