Kelas Advokasi Keselamatan Siber dan Kuiz

6 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Mac 2022, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Advokasi Keselamatan Siber yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah rendah.

Dalam kelas ini, peserta diberi taklimat tentang keselamatan siber dan jenayah siber yang sering berlaku baru baru ini. Peserta juga diberikan kuiz mencari perkataan berkaitan jenayah siber untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman mereka dengan apa yang telah dipelajari mengetahui tahap keberkesanan kelas tersebut. Kelas diadakan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya membantu mereka dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali