Tayangan Filem Kemerdekaan (PASKAL)

8 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Ogos 2022, Ahad, pihak PEDi Rantau Panjang telah mengadakan program tayangan filem sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-65 tahun bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Seramai 11 orang komuniti setempat yang telah hadir untuk menyertai aktiviti tersebut bagi menyemarakkan program kemerdekaan ini.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan komuniti demi mengekalkan keamanan negara seperti yang sedia ada. Selain itu, melalui tayangan filem tersebut dapat memberi pendedahan kepada warga komuniti akan kepentingan memelihara keamanan dan kesejahteraan negara. Lagu kebangsaan iaitu Negaraku dan Jalur Gemilang telah dimainkan terlebih dahulu sebelum tayangan filem dimulakan.

Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini akan terus mendapat sambutan daripada warga komuniti dan memberi manfaat kepada mereka

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali