Kelas Shopee Bersama Rakan Digital

9 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Disember 2022, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital Malaysia (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan program Kelas Shopee dikendalikan oleh Cik Geraldine Sema iaitu Rakan Digital PEDi Rantau Panjang. Kelas bermula pada pukul 9:00 pagi hingga 10:00 pagi. Kelas ini diadakan di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Seramai 5 orang komuniti setempat telah menghadiri kelas yang dianjurkan tersebut.

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan mengenai platform Shopee kepada para komuniti. Cik Geraldine juga telah membantu para peserta mendaftar akaun Shopee.

Diharapkan dengan ilmu yang telah diajar ini dapat memberi manfaat kepada para peserta untuk menceburi bidang baru dan secara langsung dapat membantu mereka untuk menjana pendapatan. Selamat maju jaya dan tahniah kepada para peserta

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali