Pengenalan PEDi dan Slot Advokasi (Pengantunan atas Talian & Buli Siber)

9 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Disember 2022, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital Malaysia (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Slot Advokasi. Slot bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi. Kelas ini diadakan di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Seramai 5 orang komuniti setempat telah menghadiri kelas yang dianjurkan tersebut.

Antara pengisian kelas tersebut adalah memberi taklimat tentang pengenalan PEDi kepada ahli PEDi yang baharu sahaja mendaftar menjadi Ahli. Peserta juga diberi penerangan tentang advokasi pengantunan atas talian dan buli siber untuk mewujudkan pengguna internet yang positif dalam diri komuniti.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat dan berwaspada dalam pengunaan internet seharian

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali