Bimbingan Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

25 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Julai 2022, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah membimbing seorang komuniti dan memberi tunjuk ajar kepada beliau untuk membuat permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB). Sesi ini bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang bertempat di PEDi Rantau Panjang. Puan Amylda telah berjaya melengkapkan borang permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) beliau dan telah mengembalikan borang yang lengkap diisi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sibu. Pihak PEDi Rantau Panjang berharap agar permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Puan Amylda diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) untuk meringankan beban Puan Amylda sekeluarga dan juga pihak PEDi Rantau Panjang berharap agar dapat terus membantu komuniti setempat dari semasa ke semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali