Kelas Advokasi Maklumat Palsu

26 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 25 June 2022, Sabtu, staff Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Advokasi Maklumat Palsu di bilik latihan PEDi Rantau Panjang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang. Seramai 4 orang pelajar dari komuniti Rantau Panjang telah menghadiri kelas tersebut. Semasa sesi pembelajaran dijalankan, staff PEDi Rantau Panjang telah memberi penerangan tentang definisi maklumat palsu dan kesan negatif daripada perbuatan penyebaran maklumat palsu di internet kepada masyarakat.

Tayangan video berkaitan maklumat palsu dan cara menyemak fakta telah ditunjukkan semasa sesi pembelajaran bagi memantapkan pemahaman para pelajar tentang isu tersebut. Kelas telah diakhiri dengan sesi soal jawab bersama para pelajar bagi mengetahui tahap keberkesanan kelas tersebut. Diharap kelas seperti ini akan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya dapat membantu mereka dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali