Kelas Asas ICT (Kumpulan 1) Sesi 1 dan Advokasi

10 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Julai 2022, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas ICT bagi Kumpulan 1 Sesi 1 yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 5:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 9 orang komuniti. Antara pengisian kelas tersebut adalah memperkenalkan kepada para peserta berkaitan dengan PEDi, komputer dan juga pengenalan kepada asas Microsoft Office iaitu Microsoft Word. Peserta juga telah diberikan latihan menaip di dalam Microsoft Word bagi mengasas kemahiran penggunaan komputer mereka. Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali