Kelas Advokasi Klik Dengan Bijak

19 June 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 June 2022, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Advokasi Klik Dengan Bijak yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang pelajar. Dalam kelas ini, pelajar diberi taklimat tentang cara menggunakan internet dengan bijak dan positif. Pelajar diberi pendedahan tentang bahaya penggunaan internet melalui tayangan video. Kelas diakhiri dengan sesi soal jawab bagi meningkatkan lagi tahap kefahaman mereka dengan apa yang telah dipelajari dan mengetahui tahap keberkesanan kelas tersebut. Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya membantu mereka dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali