Kelas Multimedia & Keusahawanan

20 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Jun 2022, Ahad, staff Pusat Ekonomi Digital Malaysia (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Multimedia & Keusahawanan bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 2:00 petang bertempat di premis perniagaan Daisy Jupa. Kelas tersebut telah dihadiri oleh usahawan PEDi Rantau Panjang iaitu Cik Daisy Jupa. Dalam kelas ini, staff PEDi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada usahawan tentang cara untuk memuat naik produk ke dalam akaun Shopee beliau. Selain itu, usahawan juga telah diajar mengenai kaedah untuk menyunting gambar sebelum memuat naik ke dalam akaun Shopee. Diharapkan ilmu yang telah diajar ini dapat memberi manfaat kepada usahawan PEDi bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali