Kelas Microsoft Word dan PowerPoint Sesi 2 (Kumpulan 1)

25 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Julai 2022, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Komputer bagi Kumpulan 1 Sesi 2 yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 9 orang komuniti. Antara pengisian kelas tersebut adalah sambungan daripada sesi 1 iaitu latihan Microsoft Word dengan bimbingan staff PEDi Rantau Panjang. Sejurus itu, peserta diberi penerangan tentang Microsoft PowerPoint dalam membuat slaid pembentangan. Peserta juga telah diberikan latihan membuat slaid pembentangan menggunakan Ms. PowerPoint. Diharapkan dengan adanya pembelajaran ini dapat memberi manfaat kepada peserta dan PEDi Rantau Panjang berharap lebih banyak lagi komuniti menyertai kursus ICT ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali