Bengkel MIVO4: Sembang Santai Sesi 2

30 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Disember 2022, Khamis, Pusat Ekonomi Digital Malaysia (PEDi) Rantau Panjang telah menghadiri MIVO4 Sembang Santai Sesi 2 secara atas talian. Bengkel ini bermula pada pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang. Program ini diadakan di secara atas talian melalui Aplikasi ZOOM. Antara pengisian bengkel tersebut adalah perkongsian daripada Tuan Hailmey iaitu penerima Anugerah MIV Superstar Award 2022.

Beliau telah menjelaskan tentang nilai-nilai murni yang boleh diterapkan dalam kalangan murid melalui aktiviti kesukarelawanan. Tuan Hailmey juga telah berkongsi antara aktiviti yang telah beliau lakukan bagi memperkasakan digital dalam kalangan murid sekolah supaya boleh menjadi individu yang beretika ketika menggunakan internet. Diharapkan dengan program MIVO4 ini dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat dalam usaha pemerkasaan digital dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali