Sesi Penyerahan Tablet ke PEDi Negeri Sarawak

3 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 2 November 2022, Rabu, pihak MCMC Pejabat Cawangan Sibu (SBO) telah membuat pengagihan tablet kepada 10 buah PEDi yang terpilih di negeri Sarawak dalam arus Fasa ke 2 pengagihan Peranti Tablet PEDi di Pejabat Cawangan MCMC Sibu pada pukul 10 pagi. Majlis telah dihadiri oleh 10 orang staf PEDi yang terpilih dan wakil dari pihak penyedia perkhidmatan.

Peranti Tablet di PEDi merupakan salah satu inisiatif daripada MCMC bagi memberi kemudahan kepada pengguna yang menjadi ahli PEDi untuk mengakses perkhidmatan jalur lebar menggunakan peranti tablet yang disediakan di PEDi. Para staf pengurusan PEDi telah diberikan taklimat mengenai panduan dan SOP penggunaan peranti tablet. PEDi Rantau Panjang telah menerima sebanyak 15-unit peranti tablet baharu lengkap beserta dengan aksesorinya untuk kegunaan ahli PEDi.

Selain itu, penggunaan peranti tablet ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pengguna di PEDi. Penggunaan peranti tablet ini dilihat dapat membantu pelajar dalam urusan pembelajaran, membantu usahawan dalam urusan perniagaan dan sebagainya kerana ia dilihat lebih kompak dan mudah alih seiring zaman teknologi yang semakin pesat ini. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringkas oleh pihak MCMC Sibu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali