PUPUK@Shopee 2022 Campaign - Online Training (Southern Region & East Malaysia)

10 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 9 September 2022, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital Malaysia (PEDi) Rantau Panjang telah mengikuti program PUPUK@Shopee 2022 Campaign Online Training anjuran Shopee University pada pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 petang bertempat di PEDi Rantau Panjang secara atas talian oleh host Faezah Farhana. Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi Rantau Panjang telah menghadiri program tersebut.

Antara pengisian program tersebut adalah penerangan penggunaan Shopee dan menghias kedai di shopee. Staff PEDi juga di beri tunjuk ajar secara lansung tentang cara menghias kedai shopee yang menarik. Host juga memberi tunjuk ajar cara untuk memuat naik gamabr produk dan penerangan tentang servis kaurier. Selain itu juga, beliau juga menerangkan penggunaan baucer, promosi dan pengiklan kedai. Diharapkan dengan ilmu yang telah diajar ini dapat memberi manfaat kepada staff PEDi bagi membantu usahawan-usahawan PEDi dalam mendigitalkan perniagaan mereka dan dapat meningkatkan jualan usahawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali