Kelas Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan

20 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Ogos 2022, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan yang bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 5:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 6 orang pelajar sekolah. Dalam kelas ini, para peserta telah dibimbing cara penggunaan aplikasi “Paint” untuk mewarna. Seterusnya, sempena bulan kemerdekaan, para peserta dikehendaki untuk mewarna poster-poster kemerdekaan yang telah disediakan dengan menggunakan aplikasi “Paint”. Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya membantu mereka dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali