Kelas Asas Microsoft Word
23 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 22 Januari 2022, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang belia lepasan STPM. Dalam kelas ini, peserta dibimbing cara menggunakan Microsoft Word. Peserta juga diberikan latihan untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman mereka dengan apa yang telah dipelajari. Di akhir sesi pembelajaran, peserta menjawap kuiz Asas Word untuk mengetahui tahap keberkesanan kelas tersebut. Kelas diadakan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya membantu mereka dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: