MIVO4: Sembang Santai Sesi 10

10 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Februari 2023, Khamis, Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengikuti Sembang Santai Sesi 10 MIVO4 secara atas talian melalui platform Zoom. Bengkel ini telah bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:00 petang. Program ini adalah anjuran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Sesi kali ini adalah perkongsian daripada TS. Md Tahir Musa iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti.

Antara pengisian semasa sembang santai tersebut adalah berkaitan dengan Klik Dengan Bijak: Maklumat Palsu. En. Md Tahir berkongsi tentang cara-cara untuk mengenalpasti maklumat palsu yang diterima daripada orang lain.

Selain daripada itu, beliau menerangkan cara untuk menyemak maklumat menggunakan aplikasi Sebenarnya.my yang boleh didapati dari Google PlayStore dan Apple AppStore. Aplikasi ini mengandungi maklumat sahih dan yang telah ditentusahkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Di akhir sesi perkongsian daripada En. Tahir, beliau mengajak semua sukarelawan yang hadir untuk menyertai kuiz MyCyberGenius (MyCG) bagi mengetahui sejauh mana pemahaman semua sukarelawan tentang topik Klik Dengan Bijak: Maklumat Palsu.

Diharapkan dengan adanya sembang santai seperti ini bersama sukarelawan dapat menghentikan perbuatan menyebarkan maklumat palsu kepada orang ramai supaya negara kita dapat menuju ke arah dunia siber yang positif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali