Program Pergigian Mesra Rakyat PPR Seduan Rantau Panjang Sibu

13 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mac 2023, Ahad, pengurus dan penolong pengurus PEDi Rantau Panjang telah menghadiri Program Pergigian Mesra Rakyat PPR Seduan Rantau Panjang yang telah dianjurkan oleh Klinik Pergigian Sibu Jaya dan Pejabat Pergigian Bahagian Sibu. Program ini diadakan di Surau Darul Yassin, Seduan Rantau Panjang yang bermula dari pukul 8:00 pagi sehingga 4:30 petang.

Antara pengisian taklimat tersebut adalah tentang masalah – masalah kerosakan gigi, faktor kerosakan gigi dan cara mengatasi kerosakan gigi. Selain itu juga, Dr. Esther juga merupakan penceramahan telah menerangkan cara – cara menjaga dan memberish gigi dengan betul. Dalam waktu yang sama, hadirin diminta untuk mendaftar untuk pemeriksaan gigi secara percuma. Pada akhir sesi taklimat tersebut sesi soal dan jawab bersama hadirin telah diadakan.

Diharapkan dengan taklimat yang dianjurkan ini dapat membantu masyarakat memudahkan urusan dan sedar akan penting nya kesihatan pergigian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali