Kelas Asas Komputer (Microsoft Word & Microsoft PowerPoint) & Advokasi

16 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 April 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Komputer (Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint) dan Advokasi yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 1:00 petang untuk Sesi 1 (Microsoft Word) manakala Sesi 2 bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 5:00 petang. Kelas tersebut dijalankan di bilik latihan PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 4 orang komuniti setempat.

Antara pengisian kelas tersebut adalah memperkenalkan kepada para peserta berkaitan dengan PEDi, komputer dan juga pengenalan kepada asas Microsoft Office iaitu Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint. Peserta juga telah diberikan latihan menaip di dalam Microsoft Word bagi mengasas kemahiran penggunaan komputer mereka. Selepas selesai kelas sesi 1, kelas sesi 2 telah dimulakan dengan membimbing para peserta membuat slaid pembentangan dengan menggunakan Microsoft PowerPoint.

Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali