Kelas Kecantikan Wajah Bersama Puan Carolyn Joseph

17 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Januari 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Solekan anjuran bersama Puan Carolyn Joseph (Mary Kay Beauty Consultant) yang bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di PEDi Rantau Panjang. Seramai 3 orang komuniti setempat telah menghadiri kelas tersebut.

Antara pengisian kelas tersebut adalah mempelajari teknik asas yang betul dalam solekan serta para peserta juga diberi peluang untuk mengaplikasikan teknik yang telah dipelajari menggunakan alat solek yang telah disediakan oleh Puan Carolyn sendiri. Puan Carolyn juga telah berkongsi kejayaan beliau sebagai Beauty Consultant yang berjaya dalam bidang kecantikan.

Diharapkan dengan ilmu yang telah diajar daripada Puan Carolyn ini dapat memberi manfaat kepada para peserta untuk menceburi bidang baru dan membantu mereka untuk membina keyakinan diri mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali