Advokasi Penipuan Kewangan dan Tayangan Filem Krismas
20 Disember 2023 | Aktiviti TerkiniPada 19 Disember 2023, Selasa, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Advokasi Penipuan Kewangan yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang. Kelas tersebut dijalankan di dalam bilik utama PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 2 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.
Antara pengisian kelas tersebut adalah tayangan video advokasi Penipuan Kewangan yang telah disediakan oleh MCMC. Tujuan video ini ditayangkan adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bahaya yang terdapat di dalam talian dan cara-cara untuk mengelak daripada dikena tipu dalam talian. Staff PEDi juga menerangkan tentang informasi penipuan kewangan dan terus diberi sebuah tayangan filem sempena bulan Krismas.
Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: